Merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu(PRPM) DBP, lipoma bermaksud tumor benigna, yang biasanya terdiri daripada sel-sel lemak yang matang. Tumor ini terbentuk diantara lapisan bawah kulit dan lapisan otot.
Lipoma selalunya terbentuk di leher, bahu, bahagian belakang badan, lengan dan peha. Ciri-ciri lipoma ialah:
- lembut bila disentuh
- mudah digerakkan dengan sentuhan
- saiznya kecil, selalunya berdiameter kurang daripada 5cm, namun adakalanya boleh membesar mencecah diameter 10cm
- kebiasaanya tidak sakit, tetapi akan menyebabkan kesakitan sekiranya lipoma itu membesar dan menekan saraf berdekatan atau lipoma itu mengandungi banyak salur darah
Sumber gambar: http://emedicine.medscape.com/article/1294801-overview
Lipoma membesar perlahan-lahan. Oleh sebab itu, lipoma selalunya disedari hanya selepas beberapa tahun ia terbentuk.
Punca sebenar pembentukan lipoma adalah tidak jelas.
Pesakit kebiasaannya bertemu doktor setelah menyedari kehadiran bonjolan di bahagian badan mereka. Selalunya, dignosis bagi lipoma dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal ke atas bonjolan yang ada. Sekiranya ada keraguan, barulah sampel biopsi akan diambil.
Lazimnya tiada rawatan perlu diberikan kerana lipoma tidak mendatangkan kemudaratan. Namun, rawatan perlu diberikan sekiranya lipoma membesar sehingga mengganggu pergerakan pesakit, menyebabkan kesakitan ataupun untuk tujuan kosmetik.
Antara rawatan yang diberikan ialah:
- suntikan steroid untuk mengecutkan lipoma
- sedutan lemak (liposuction)
- pembuangan secara pembedahan
Ada juga bonjolan mirip seperti lipoma, tetapi sebenarnya adalah satu bentuk tumor yang dipanggil liposarcoma. Tumor ini membesar dengan pantas, tidak bergerak apabila disentuh dan selalunya menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan lanjut seperti biopsi dan imbasan CT perlu dilakukan untuk mengesahkan diagnosis.
Rujukan untuk artikel ini diambil di http://www.mayoclinic.com


Posted by aku on Januari 28, 2010 at 12:35 am
ha…ha…aku baru saja buang secara pembedahan lipoma di kepala.dan esok akan buka jahit…
ia nya bukan sakit tapi tak selesa setiap kali memandang nya.
kos pembedahan nya RM 3,2++.++ ( termasuk admited @ spital and ubat )
Posted by bidasari on Januari 29, 2010 at 10:59 am
Semoga luka pembedahan cepat sembuh. Sudah pasti selepas ini anda lebih arif tentang lipoma dan boleh berkongsi lebih banyak maklumat
Salam ceria!
Posted by informasisehat on Mei 28, 2010 at 7:13 am
thank for information
Posted by zackry on Jun 1, 2010 at 12:49 pm
salam..
u buat kat mana pembedahan tu…
i pun ada lipoma sebelah kiri dekat bawah leher…dah lama dah
nak ras now nak buang la…
Posted by faiza on September 27, 2010 at 11:36 am
now i know ape tu Lipoma? sbb mak i pon ade benjolan tu kat leher…tp xtau ape name nyer…
already done for medical check up and doktor konfirm tak mendtgkan kemudaratan pon…
i link u punyer post ni kat blog i la ek…